Pada 8-9 Mac 2013 bersamaan dengan 25-26 Rabiul Akhir 1434 H baru-baru ini,Persatuan Bahasa Arab, Maahad Muhammadi Perempuan telah menganjurkan satu Kem Bahasa Arab bertempat di Maahad Muhammadi Perempuan.
Antara objektif kem ini adalah untuk :
- memupuk minat pelajar terhadap Bahasa Arab.
- mempelbagaikan aktiviti dan amali berbahasa Arab.
- meningkatkan prestasi penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan para pelajar.
Peserta-peserta kem ini terdiri daripada :
- semua ahli Persatuan Bahasa Arab.
- semua pelajar Kelas Khas Bahasa Arab.
Tema kem ini ialah "Mantapkan Bahasa Arab, Sempurna Ibadat''.