12.3.13

Pelancaran Minggu Bahasa Arab, Maahad Muhammadi Permpuan2013





Pada 3-7 Mac 2013 bersamaan 20-24 Rabiulakhir1434H baru-baru ini , dengan julung kalinya Maahad Muhammadi Perempuan telah menganjurkan sambutan Minggu Bahasa Arab selama satu minggu. Sepanjang minggu tersebut, pelbagai program telah dirangka untuk memantapkan lagi penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar Maahad Muhammadi Perempuan. Antaranya ialah :
             
> Ting.1 : Pertandingan Kalam Jama'ie ( Choral Speaking )
> Ting.2 : Pertandingan Nasyid Tasrif
> Ting.3 : Pertandingan Pentomin
> Ting.4 : Pertandingan Syarahan

> Pertandingan Menulis Khat (Pelajar)
>Pertandingan Menulis Khat  (Guru)
>Pertandingan Mengarang Insya'
>Pertandingan Menghias Pondok
>Pertandingan Menghias Kelas

dan banyak lagi. Selain itu , pelbagai pameran turut diadakan. Antaranya ialah Pameran Bahasa Arab dan Pameran Buku.





 BAHAN-BAHAN YANG DIPAMERKAN DI PAMERAN BAHASA ARAB MERUPAKAN HASIL KREATIVITI PARA PELAJAR MAAHAD MUHAMMADI (P).


Jadi, kepada para pelajar Maahad Muhammadi (P), jangan lepaskan peluang anda untuk menyertai pertandingan yang telah ditetapkan mengikut tingkatan masing-masing. Pelbagai hadiah menanti anda semua!!

هيا نتعلم ونتكلم باللغة العرية لأن اللغة العربية لغة القرءان ولغة اهل الجنة


  


 






© HAK MILIK KELAS KHAS BAHASA ARAB,MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN